Majlis Perasmian Penyebaran Inovasi 123 Box Peringkat Negeri Pahang




       Tanggal 13 Mei 2011, satu majlis Perasmian Penyebaran Inovasi Matematik Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Peringkat Negeri Pahang telah diadakan. Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang, En. Yahya bin Zainal Abidin telah merasmikan majlis tersebut yang diadakan di SK Serengkam, Maran. Majlis ini diadakan bagi mengangkat dan mengiktiraf kejayaan Inovasi 123 Box yang telah berjaya sebagai Johan Inovasi Matematik Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2010. 
        Pada majlis tersebut, saya telah diberi kesempatan untuk menyampaikan taklimat berkaitan bahan inovasi tersebut kepada pegawai-pegawai daripada Jabatan Pelajaran Pahang, PPD seluruh negeri Pahang dan Jurulatih Utama Matematik Negeri Pahang.
       Semoga inovasi ini memberi manfaat kepada semua murid khususnya di negeri Pahang dan dapat meningkatkan prestasi Matematik secara keseluruhannya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers